Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

5 Manfaat sauna pada kesihatan diri

Published

on


MESTI diantara korang yang masih belum pernah try bersauna kan? Yela mungkin sebab korang fikir sauna ni hanya buat badan korang berpeluh dengan banyak dan buat badan panas dan meletihkan.

Tapi sebenarnya banyak manfaat yang korang boleh dapat dalam bersauna daripada korang berjemur tengah panas terik tu.

Konsep sauna ni berbeza mengikut kesesuaian individu, so korang kena tahu cara yang betul untuk korang bersauna dan jangan lah pula korang paksa diri korang sendiri kalau korang dah rasa macam nak pitam still duduk dalam sauna tu lagi. So ni sis nak share dekat korang manfaat bersauna kepada kesihatan diri korang.

Mengurangkan Stress

Stress ni boleh menyebabkan kesihatan fizikal korang merosot dan banyak penyakit bermula daripada stress contohnya seperti sakit jantung, obesiti, sakit pinggang dan banyak lagi.

via GIPHY

Jadi dengan bersauna, korang boleh mengurangkan stress sebabnya haba daripada sauna mengurangkan ketegangan otot dan meransangkan penghasilan endorphin. Endorfin ialah satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai painkiller. Endorfin ni menjadikan korang lega dan lebih tenang.

Kulit Yang Sihat Dan berseri

Ketika sauna, aliran darah akan menjadi lancar dan menambahkan nutrient di kulit dan permukaan tisu korang. Hasilnya kulit akan mendapat oksigen yang cukup dan menjadikan kulit lebih berseri dan sihat. Sebab itu bila korang bersauna, korang nampak kulit korang glowing macam baru lepas buat treatment pada kulit.

via GIPHY

Detoksifikasi

Bila korang bersauna, haba dari sauna tu akan buat korang berpeluh dengan banyak dan peluh itu mengeluarkan segala toksik dalam badan korang. Setiap hari kita terdedah dengan toksik tak kira lah dari segi persekitaran, makanan ataupun kawan korang. Jadi dengan bersauna ini dapat membantu korang detox toksin dalam badan korang tu dan menjadikan badan korang lebih bersih dan sihat.

via GIPHY

Hipertermia

Time bersauna ni korang akan rasa macam badan korang nak demam sebabkan terdedah dengan haba sauna yang panas. Keadaan ni akan membantu korang dalam meransang proses penyembuhan semulajadi badan. Ianya menjadikan system imunisasi korang semakin baik dan menambahkan sel-sel darah putih yang berfungsi sebagai antibody yang menghapuskan virus yang datang menyerang.

via GIPHY

Membakar Kalori

Yang paling korang suka bila bersauna ni mestilah bila korang tahu yang bersauna ni mampu untuk membakar kalori dengan banyak. Apabila bersauna korang akan berpeluh dengan banyak sama macam korang berpeluh ketika berlari. Satu sesi sauna selama 45 minit ni korang mampu untuk membakar hampir 300 hingga ke 400 kalori iaitu hampir sama seperti korang berlari sejauh 10 KM.

via GIPHY

Sumber:KevinZahri

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement