Connect with us
alt_img>

Hiburan

5 Kejayaan Besar Yang Diraih Dato Seri Siti Nurhaliza!

Penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza bakal menyambut hari lahirnya yang ke-40 esok dan bersempena dengan itu, jom kita imbau kembali lima kejayaan besar yang pernah dikecapi oleh beliau sepanjang bergelar anak seni.

Published

on

Penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza bakal menyambut hari lahirnya yang ke-40 esok dan bersempena dengan itu, jom kita imbau kembali lima kejayaan besar yang pernah dikecapi oleh beliau sepanjang bergelar anak seni.

1. Juara Bintang HMI 1995

Nama Siti Nurhaliza mula dikenali melalui Bintang HMI 1995 apabila dia berjaya menjuari pertandingan itu. Untuk pengetahuan, dari situ jugalah bakat Siti mula digilap oleh Allahyarham Adnan Abu Hassan yang banyak membantu dan menaikkan nama Siti hingga kini.

 2. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival

Pada tahun 1999, Siti membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China. Wah, hebat bukan?

3. Peroleh Lebih 200 Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar Negara

Bakat nyanyian yang dimiliki sejak kecil tidak sia-sia apabila Siti membuktikannya dengan memenangi lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dalam kebanyakkan pertandingan yang disertai.

4. Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records

Nama Siti tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama mengadakan Konsert Solo di Royal  Albert Hall, London dan rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)

5. Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth

Siapa sangka Siti telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Sesuatu yang amat membanggakan!

Semoga Siti terus sukses dalam bidang nyanyian dan diharapkan beliau sentiasa dimurahkan rezeki sempena hari lahirnya yang bakal disambut esok!

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement