Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

5 cara untuk merawat diri sendiri dengan self-love

Published

on


SALING sayang-menyangi adalah sangat penting dalam kehidupan seorang menusia. Kalau korang perasan, kasih sayang itu lah yang membantu kita untuk menjadi lebih matang, memahami dan menjadi seorang manusia yang mempunyai sifat yang prihatin dan berkemanusiaan.

Pendek kata, kasih sayang itu lah yang me-manusiakan kita! Menyayangi antara satu sama lain merupakan satu keperluan juga untuk diri kita. Sikap ini akan membantu orang sekeliling agar menjadi individu yang lebih positif.

Akan tetapi, menyayangi dan menghargai diri sendiri juga merupakan kunci yang paling penting dalam mencapai kebahagiaan diri dan sebenarya sis tengok, ramai lagi yang masih gagal untuk mementingkan diri dalam bab ‘self-love’ ini.

Oleh sebab itu, hari ini sis nak kongsikan 5 langkah mudah yang korang boleh ‘apply’ pada diri jika korang tak mempunyai idea untuk hargai diri sendiri.

Jauhi segala jenis kritikan

Kritikan boleh memberikan dua jenis impak pada diri dimana kritikan yang positif akan membantu kita untuk menjadi lebih baik dan kritikan yang negatif smemangnya akan menjatuhkan keyakinan diri.

 

via GIPHY

Masih lagi ramai diantara kita yang suka mengkritik diri sendiri dan secara tidak langsung memberikan tekanan yang tidak diperlukan. Cuba secara perlahan untuk ubah cara pemikiran dan cuba juga untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang berbeza sebelum korang jatuh ke dalam dunia  kritikan yang negatif itu ya?

Maafkan diri 

Kadang kala, disebabkan perkara lampau yang telah terjadi, kita seolah-olag terperangkap dalam dunia perasaan yang silam. Lagi dikenang, lagi sakit. Lagi dikenang, lagi terperangkap dalam dunia negatif itu dan makin sukarlah untuk kita berasa tenang.

 

via GIPHY

Belajar untuk melepaskan emosi yang terperangkap dan jangan biar ia menguasai minda. Belajar untuk fahami diri sendiri terlebih dahulu baru boleh maafkan diri.

‘Me time’

Yang ini pun penting juga untuk korang hargai diri sendiri. Cuba mengambil masa untuk melakukan perkara yang korang suka dan tak semestinya ‘me time’ ini korang wajib meluangkan masa bersendirian. Tidak salah jika korang mengambil masa untuk relaks bersama orang yang disayangi atau individu yang korang rasa tenang jika bersama!

via GIPHY

 

Jauhi membandingkan diri 

Kebanyakkan punca kes membandingkan diri ini datangnya daripasa media sosial. Melihat kehidupan individu yang lain bukanlah merupakan sesuatu yang salah. Apa yang menjadi kesalahan pada diri adalah apabila kita mula membandingkan kehidupan diri dengan orang lain. Ini merupakan satu habit yang sangat tidak sihat. Oleh itu, jauhilah sebaik mungkin!

via GIPHY

Mementingkan kesihatan diri

Tahukah anda jika kita menjada kesihtan fizikal, maka minda kita juga akan terdorong untuk menjadi minda yang lebih sihat dan positif. Bila badan kita sihat, kita akan berasa lebih positif dan secara tidak langsung menjadi produktif!

via GIPHY

 

Sumber:Wanista.com

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement