Gaya Hidup
5 Cara Untuk Menjadi Pasangan Yang Memahami
Jom bina dan kekalkan hubungan yang bahagia.
Sumber: Oak Lodge
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Namun begitu, ramai lagi yang masih tidak tahu cara sebenar bagaimana untuk memahami pasangan mereka.ย
Jom kita lihat 5 amalan mudah berikut untuk menjadi pasangan yang lebih memahami.
Sumber: Motherly
Luangkan masa untuk bercakap tentang impian, rancangan dan masa depan pasangan
Pastikan anda selalu meluangkan masa untuk pasangan anda dan berbincang mengenai perancangan dan impian mereka, baik jangka pendek dan jangka panjang, untuk hubungan bersama anda dan mereka diri sendiri.
Sumber: His Grace Is Enough
Berikan pasangan anda masa untuk berehat
Jika pasangan anda letih, tertekan, atau sedih dan memerlukan beberapa minit (atau lebih) untuk diri mereka sendiri, agar mereka dapat menenangkan diri.ย
Sumber: Psych Central Blogs
Bertanya, mendengar dan masih mengingati butiran ceritaย
Sentiasa bertanya dan dengarkan mereka bercerita mengenai hari mereka, pekerjaan mereka, rakan mereka secara ikhlas.Markah bonus jika anda boleh mengingatinya lagi ketika bercerita di waktu lain.ย
Sumber: Insider
Menyokong dan menyambut baik segala pencapaian pasangan anda
Sama ada mereka mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja, menghabiskan maraton, atau telah menguasai sesuatu resipi, seorang pasangan yang memahami akan bersedia mengucapkan tahniah dan meraikan kemenangannya.ย
Sumber: Goalcast
Selalu meminta maafย
Anda selalu tahu bila masanya untuk berhenti bertengkar dan meminta maaf. Kadang-kadang ia bermaksud meminta maaf kerana lupa melakukan sesuatu kerja, menuduh mereka melakukan sesuatu, atau kerana bertengkar, tidak kisah jika anda salah atau betul.
Sifat toleransi dan saling memahami perlu wujud dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada dan hubungan pun terjaga. Jadilah pasangan yang memahami. Bukan hanya untuk difahami sahaja.