Connect with us
Kool FM

Berita

43 ahli sindiket Macau scam diberkas

Published

on


Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seramai 43 individu ditahan selepas disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam di sebuah hotel yang dijadikan pusat operasi mereka di sini pagi hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 10 pagi itu, kesemua suspek yang diberkas berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka menjalankan skim pelaburan Forex yang tidak wujud dan dipercayai sudah bertapak melakukan kegiatan jenayah itu hampir dua bulan.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dikesan beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang waktu tempatan dan menyasarkan warganegara China di China.

“Sebelum ini, mereka beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kira-kira 10 pagi tadi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor menyerbu hotel terbabit.

“Polis berjaya menahan seramai 43 suspek yang terdiri daripada 39 lelaki warganegara China, dua wanita warga China dan dua wanita berbangsa Cina.

“Semua suspek berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun dan turut dirampas peralatan seperti 35 komputer riba pelbagai jenis dan 593 telefon bimbit pelbagai jenis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959.

Jelasnya, polis Johor akan terus mengesan dalang-dalang dan saki baki sindiket yang masih bebas dan beroperasi.

“Polis Johor akan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti jenayah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kegiatan berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074.-K! ONLINE.

The post 43 ahli sindiket Macau scam diberkas appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement