Home > #CeriteraKool > 4 Petua Halau Lipas Dalam Kereta

Susulan berita tentang kemalangan yang berlaku pada seorang wanita yang berumur 61 tahun, gara-gara ternampak seekor lipas didalam keretanya tempoh hari, netizen mengambil pendekatan untuk berkongsi beberapa tip bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku lagi.

Terdahulu, wanita berkenaan telah memandu keretanya kearah tangga jejantas sebelum merempuhnya sehingga menyebabkan kereta tersebut rosak pada bahagian hadapan. Bagaimanapun, wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Jadi, jom ikuti langkah-langkah dibawah bagi mengelak serangga perosak ini terus mendiami kenderaan anda:-

  1. ELAKKAN MAKAN DALAM KERETA

Lipas gemar makanan. Kalau anda makan, tak mungkin tiada serpihan yang akan terjatuh ke bawah dan kemudian menarik perhatian lipas untuk mendiami didalam kereta anda. Tapi, kalau makan dalam kereta memang tak dapat dielakkan, khususnya bagi yang ada anak kecil, anda harus melakukan kerja pembersihan selepas makan.

Makhluk ini juga tertarik dengan persekitaran yang lembap. Jadi kalau ada air tertumpah, cepat-cepat lap dan bersihkan ok.

  1. BERSIHKAN KENDERAAN SECARA TERATUR

Membersihkan kereta secara teratur adalah cara terbaik untuk bebaskan kenderaan anda daripada makhluk perosak ini. Patikan carpet, diantara kerusi dan pintu anda sentiasa bersih dan kering.

  1. ELAKKAN MELETAK KENDERAAN BERHAMPIRAN TAPAK PELUPUSAN

Pemilik kereta harus menjauhkan diri dari meletakkan kereta berhampiran kawasan-kawasan seperti tempat pembuangan sampah dan tong sampah. Penyaman udara di dalam kenderaan sebenarnya adalah salah satu tempat masuk utama untuk lipas. Jadi, sebelum meninggalkan kereta, pastikan bahawa tingkap dan pintu ditutup rapat.

  1. JANGAN LETAK DAUN PANDAN

Penggunaan pandan memang mampu untuk menharumkan kenderaan anda. Tapi, lepas tidak akan mati jika terhidu, sebaliknya jika daun pandan yang diletakkan itu sudah layu dan kering, ia dipercayaai boleh menjadi makanan kepada lipas.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply