Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

4 Dekad, Lagu Ni Tetap Nombor Satu

Published

on


Mungkin ada lagi antara kita yang kurang jelas dengan perkataan dekad. Di penghujung tahun 2019, perkataan dekad mula tersebar di media sosial. Dekad bermaksud jangka masa selama 10 tahun. Kalau 2 dekad maknanya 20 tahun. Tapi, lagu apa yang masih lagi bertahan dan kekal relevan di telinga manusia selama 4 dekad iaitu 40 tahun?

Lagu yang dinyanyikan oleh Mariah Carey bertajuk All I Want for Christmas Is You merupakan lagu pertama yang berada di tempat pertama selama 4 dekad berturut-turut di dalam carta Billboard’s Hot 100. Mariah Carey juga merupakan penyanyi pertama di dunia yang berjaya kekal berada di puncak carta Billboard’s Hot 100 selama 4 dekad, iaitu pada zaman 90an, 2000, 2010 dan 2020.

Kali pertama lagu All I Want for Christmas Is You diperdengarkan kepada umum adalah pada 20 Oktober 1994 yang dimuatkan dalam album Mariah Carey bertemakan sambutan Christmas bertajuk Merry Christmas.

Selama 4 dekad, lagu All I Want for Christmas Is You ada 4 jenis video muzik rasmi yang kebanyakannya diarahkan oleh Mariah Carey sendiri. Muzik video yang pertama, mula dimuat naik di YouTube pada tahun 2009, dah menerima lebih daripada 600 juta tontonan.


Muzik video yang kedua, mula dimuat naik di YouTube pada tahun 2016, dah menerima jumlah tontonan sebanyak 3.6 juta setakat ni. Untuk muzik video kedua ni, Mariah Carey menggunakan konsep video 60an.

Pada tahun 2019, Mariah Carey keluarkan 2 muzik video terbaru untuk lagu All I Want for Christmas Is You sempena sambutan 25 tahun album yang bertajuk Merry Christmas. Video yang pertama merupakan klip video yang tak pernah lagi ditayangkan, diambil daripada muzik video yang kali pertama dipasarkan pada tahun 1994.

Muzik video ke-2 pada tahun 2019 untuk lagu All I Want for Christmas Is You menampilkan Mariah Carey dengan penampilan yang terkini, diarahkan oleh pengarah dari Korea Selatan, Joseph Khan.

Mariah Carey pernah datang ke Malaysia sebanyak 2 kali sebelum ni. Kali pertama pada tahun 2014 dan kali terakhir pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

Good morning, Kuala Lumpur! 💕

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on

KATALAKI: Kalau kat Malaysia, lagu Dendang Perantau dah bertahan lebih daripada 4 dekad.



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement