Home > #CeriteraKool > 4 Bayi Ini Memerlukan Bantuan Kita Semua…

4 Bayi Ini Memerlukan Bantuan Kita Semua…

Antara RM40,000 dan RM60,000!

Itu jumlah yang diperlukan oleh dua bayi perempuan dan dua bayi lelaki untuk membayar kos pembedahan serta rawatan berkaitan jantung.

Nor Aleeyah Syaeeda Azril , 1 tahun , perlu menjalani pembedahan segera, selepas dikesan menghidap jantung berlubang 4 hari selepas dilahirkan.

Ibu Nor Aleeyah, Noor Syafiqah Samsulbahri, 26 tahun berkata, saluran injap jantung anaknya juga sempit, dan bayi perempuannya itu juga akan menjalani pembedahan membetulkan lelangit yang membuatkan mulutnya sumbing, selepas pembedahan jantung nanti.

Hannah Ong Zi Han, 1 tahun, juga didiagnos menghadapi masalah jantung berlubang, ketika dia berusia 5 bulan di dalam kandungan. Menurut bapanya Ong Hun Boon, anaknya itu mengalami kesukaran bernafas  secara normal selepas dilahirkan.

Ong juga berkata, Hannah kurang aktif seperti bayi seusianya.

Bay lelaki bernama Shailendra Bahadur Lachamanan, 3 bulan, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Gleneagles , dan memerlukan RM50,000 untuk pembedahan jantung.

Bapanya, Lachamanan Teck Bahadur, 34 tahun berkata, keluarga tidak mampu untuk membayar kos pembedahan bayi, memandangkan pendapatannya sebagai seorang pemandu lori tidak dapat menampung kos tersebut.

Bayi yang baru berusia sebulan ini pula bernama Awang Afiq Rayyan Ag Jafri, dilahirkan dengan injap jantung sempit , dan memerlukan dana RM40,000 untuk kos pembedahan. Awang Afiq yang dilahirkan tidak cukup bulan, menghidap komplikasi jantung sejak dilahirkan pada 24 November lalu, dan turut dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ibu Awang Afiq, Ractna Seridewie Rahmat, 22 tahun berkata, dia dan suami tidak mampu menampung kos pembedahan, kerana dia tidak bekerja manakala suami ialah seorang nelayan.

Anda yang ingin membantu, boleh salurkan sumbangan menerusi cek atas nama Tabung Kebajikan Media Prima-NSTP, ke alamat di bawah:

Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat,
Media Prima Bhd,
Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita,
31, Jalan Riong,
59100 kuala Lumpur

Sertakan nama bayi di belakang cek, atau terus buat sumbangan ke akaun Maybank 5141-0532-3170.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply