Home > #CeriteraKool > 4 Batang Gigi Gone! Lihat Gambar dan Komen Pemain Hoki Negara!

4 Batang Gigi Gone! Lihat Gambar dan Komen Pemain Hoki Negara!

“Sedap juga makan siku”

Itu kenyataan tonggak hoki negara Faizal Saari, selepas membantu pasukan Malaysia mengalahkan Pakistan 3-2 dalam aksi round robin Piala Asia semalam.

Faizal berkata sedemikian dalam laman Instagramnya menerusi muat naik gambar terbaru, selepas kehilangan 4 batang gigi aibat disiku pemain lawan. Dia terpaksa menerima rawatan di luar padang hampir 10 minit selepas mengalami pendarahan di mulut. Selepas itu, dia kembali beraksi membantu pasukan meraih kemenangan pertama dalam pusingan penentuan pingat itu.

Fitri Saari dan Haziq Shamsul juga cedera akibat corak permainan keras yang dipamerkan pihak lawan.

Kalau diintai intai Instagram Faizal, dia ni memang kental orangnya.

Faizal mempunyai isteri bernama Syaidatul Afyna dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Faleeq Jafran.

Isnin lalu, Malaysia mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Oman dalam aksi peringkat kumpulan, mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A. Faizal juga yang membuka tirai jaringan untuk Malaysia pada minit ke 16.

Malaysia yang berada di ranking ke 12 dunia, seterusnya dijadual bertemu India (ranking keenam dunia) hari ini pada jam 7:30 malam. Sekiranya menang, ia bakal membuka langkah buat skuad negara menjamin tempat ke pentas final. Jika kalah, Malaysia tiada pilihan selain menundukkan Korea Selatan dalam aksi terakhir Sabtu ini.

Berikut ialah rekod pertemuan Malaysia – India sejak 2010:

  1. Piala Sultan Azlan Shah 2010: MAS 5 – 2 IND
  2. Sukan Asia 2010 (Separuh akhir): MAS 4 – 3 IND
  3. Piala Sultan Azlan Shah 2011: MAS 2 – 5 IND
  4. Trofi Juara-Juara Asia 2011: MAS 2 – 2 IND
  5. Cabaran Juara-Juara I 2012 (Suku Akhir): MAS 4 – 5 IND
  6. Piala Sultan Azlan Shah 2012: MAS 2 – 3 IND
  7. Trofi Juara-Juara Asia 2012: MAS 5 – 3 IND
  8. Piala Sultan Azlan Shah 2013: MAS 2 – 2 IND
  9. Trofi Juara-Juara Asia 2013: MAS 3 – 4 IND
  10. Piala Sultan Azlan Shah 2015: MAS 3 – 2 IND
  11. Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 (Suku Akhir): MAS 2 – 3 IND
  12. Piala Sultan Azlan Shah 2016: MAS 1 – 6 IND
  13. Trofi Juara-Juara Asia 2016: MAS 1 – 2 IND
  14. Piala Sultan Azlan Shah 2017: MAS 1 – 0 IND
  15. Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 (Suku Akhir): MAS 3 – 2 IND

Biar hilang gigi, jangan hilang maruah. Apa apa pun, terus berjaya, Malaysian Tigers!

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply