Connect with us
Kool FM

Berita

3 pegawai Imigresen ditahan SPRM

Published

on


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima  suapan bagi mempercepat proses pengeluaran pas kepada warga asing untuk kembali ke negara asal tanpa melalui Sistem Temujanji Online (STO).

Perintah tahanan reman selama lima hari sehingga 14 September itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai Imigresen yang berusia antara 33 tahun hingga 35 tahun itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 5.50 petang di Pejabat SPRM Putrajaya kelmarin ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kegiatan tersebut dipercayai beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kata beliau, pegawai Imigresen terbabit dikatakan berurusan dengan orang tengah bagi menguruskan pengeluaran pas bagi warga asing yang tinggal melebihi tempoh di negara ini untuk kembali ke negara asal mereka.

“Sebagai balasan, pegawai-pegawai Imigresen berkenaan dikatakan mengambil suapan antara RM300 hingga RM500 bagi setiap pas yang telah dikeluarkan tanpa melalui STO,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

The post 3 pegawai Imigresen ditahan SPRM appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement