Connect with us
alt_img>

Berita

3 mayat budak dalam peti sejuk

Tiga kanak-kanak ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku di luar rumah mereka.

Published

on

Tiga kanak-kanak ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku di luar rumah mereka, lapor Harian Metro hari ini.
Tiga kanak-kanak berusia satu, empat dan enam tahun itu bermain di luar rumah mereka di Live Oak, Florida sebelum memanjat peti sejuk beku berkenaan yang tidak digunakan lagi dan diletakkan di taman.

Dua wanita yang tinggal di rumah itu dilaporkan menemui kanak-kanak itu di dalam peti sejuk beku berkenaan tetapi mangsa sudah tidak bernyawa.

Polis berkata, mereka tidak mengesyaki adanya unsur jenayah dalam kejadian itu tetapi kes berkenaan akan dihantar ke pejabat peguam negara untuk diteliti.

Sheriff Suwannee County, Sam St John dalam satu kenyataan memberitahu, tiga kanak-kanak itu lemas apabila pintu peti sejuk berkenaan tiba-tiba tertutup dan memerangkap semua mangsa.

“Tiada kata yang boleh menggambarkan bertapa sedihnya saya,”

Menurut media tempatan, kanak-kanak perempuan berusia setahun dan dan abangnya yang berusia enam tahun tinggal di rumah itu bersama neneknya. Saudara mereka yang berusia empat tahun tinggal di kediaman sama bersama ibunya.
St John berkata, ibu mangsa ada bersama kanak-kanak berkenaan ketika mereka bermain di luar rumah tetapi masuk sebentar untuk ke tandas.

“Ibu mangsa masuk ke rumah dan membiarkan kanak-kanak itu bermain selama 10 atau 15 minit. Apabila kembali dia melihat kanak-kanak itu hilang,”

Menurut data yang dikeluarkan Consumer Product Safety Commission, antara tahun 2012 dan 2017, sejumlah 17 orang di Amerika Syarikat maut selepas terperangkap dalam perkakas di rumah.

Langkah-Langkah Untuk Memastikan Keselamatan Kanak-Kanak

  1. Childproofing, atau memasang pelekat keselamatan di pintu peti ais, laci dapur, mesin basuh serta kabinet , termasuk di bucu meja dan perabot

  2. Memasang pelindung di soket elektrik, untuk mengelakkan kanak kanak terutamanya bayi yang baru merangkak memasukkan jari kecil ke dalam lubang soket

  3. Melekatkan laci dan almari ke dinding supaya tidak terjatuh ke atas anak kecil

  4. Mengikat tali bidai tingkap lebih tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak kanak

  5. Memasang pagar keselamatan di dapur untuk mengelakkan anak-anak masuk ke dapur. Dapur adalah kawasan berbahaya untuk anak anak yang dibiarkan berseorangan. Jauhkan cerek , pisau dan sabun basuh agar tidak mudah dicapai kanak-kanak

  6. Menyimpan semua jenis ubat-ubatan dan racun serangan seperti penyembut nyamuk di dalam almari dan laci, jauh dari capaian kanak-kanak

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement