Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

275 Sekolah Di Sarawak Ditutup

219 adalah sekolah rendah, manakala 56 lagi melibatkan sekolah menengah.

Published

on

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencapai tahap sangat tidak sihat sejak petang semalam menyebabkan 275 sekolah di lima daerah di Sarawak diarah tutup hari ini.

219 adalah sekolah rendah, manakala 56 lagi melibatkan sekolah menengah.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, berdasarkan sumber Jabatan Pendidikan Negeri, Padawan mencatat jumlah tertinggi dengan 96 sekolah.

Dalam pada itu, Kuching pula mencatatkan 79 sekolah ditutup, Betong (44), Sri Aman (41), Serian (13) manakala Samarahan (2).

IPU di Kuching terus menurun dengan bacaan terkini 149  pada jam 10 pagi hari ini.

Samarahan turut berkurang kepada 122 dan kualiti udara di Sri Aman juga kini berada di tahap tidak sihat dengan bacaan 192.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement