Connect with us
Kool FM

Berita

27 Tahun Berkarya, Pemilik Suara Latar Doraemon Meninggal Dunia

Al-fatihah..

Published

on

Suasana pilu menyelubungi industri hiburan di negara jiran selepas pemilik suara latar karakter Doraemon Indonesia iaitu Nurhasanah Iskandar meninggal dunia.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anaknya menerusi satu foto yang muat naik di laman Instagram @nurhasanahdora.

“Innalillahiwainnalillahirojiun.. Telah berpulang ke rahmatullah ibunda kami Nurhasanah 12 Julai 2020 pukul 3 petang. Mohon dimaafkan atas kesalahan semasa hidup mama saya,” tulisnya

Sementara itu Bima Sakti, sebagai pengisi suara karakter Giant dalam kartun bersiri Doraemon turut memaklumkan pemergian Nurhasanah adalah kerana dia menghidap penyakit angin ahmar.

Untuk informasi, Nurhasanah Iskandar mula mengisi suara doraemon pada tahun 1993 sehingga kini.

Sebelum ini, Nurhasanah bekerja di Radio Republik Indonesia (RRI)  selain menjadi suara latar untuk telenovela dan sebuah filem India.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement