Home > #CeriteraKool > Padah Tukar Muka! 3 Wanita Ini Ditahan di Lapangan Terbang!

Padah Tukar Muka! 3 Wanita Ini Ditahan di Lapangan Terbang!

Hanya kerana gambar di passport berbeza dengan muka sebenar mereka, tiga wanita dari China ini ditahan oleh pegawai imigresen, ketika mahu menaiki penerbangan pulang dari Korea Selatan ke China.

Mereka terkandas di lapangan terbang itu selepas muka mereka yang bengkak dengan kepala masih berbalut mencetus persoalan di kalangan pegawai imigresen. Rupa rupanya, mereka ni baru sahaja menjalani pembedahan plastik di wajah mereka.

Media di China melaporkan, wanita itu melancong ke Korea Selatan sempena cuti Mingu Emas, iaitu cuti umum lapan hari , untuk menjalani pembedahan plastik.

Gambar wanita-wanita itu yang ditahan di lapangan tular di Internet, selepas dimuat naik oleh seorang pembaca berita di laman Weibo. Selepas ditahan, sumber berita Agensi melaporkan, ketiga tiga identiti mereka disahkan, sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Semua mengetahui Korea Selatan memang terkenal dengan klinik pembedahan plastik bertaraf dunia, dan kebanyakan pengunjung datangnya dari China dan Jepun. Antara pembedahan yang sering dilakukan wanita Asia termasuk pembedahan hidung, tulang pipi dan kelopak mata untuk kelihatan lebih cantik. Obsesi mereka terhadap pembedahan plastik memang tinggi, sehingga turut mempunyai siri realiti TV nya sendiri berjudul Let Me In.

Setiap yang membuat membedahan plastik pasti mempunyai tujuan masing masing. Ada wanita merasakan, memiliki wajah seperti “baby doll” akan membuka peluang ditawarkan pekerjaan yang lebih tinggi , selain mencerahkan peluang bertemu teman hidup . Selain itu, factor dunia hiburan juga menjadi pendorong anak anak muda mahu tampil cantik. Ada juga ibu bapa di Korea Selatan yang memberikan anak mereka hadiah hari jadi dengan menjalani pembedahan plastik untuk memperbetulkan kelopak mata, perkara pertama yang mereka mahu ubah di raut wajah.

 

 

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply