Connect with us

Hiburan

250 Pelakon Veteran Dapat SIP PERKESO

Bermula 1 Januari depan!

Published

on

Bermula 1 Januari depan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memberikan perlindungan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada 250 penggiat seni veteran tanah air.

“Setakat ini, kita mulakan dahulu dengan 250 karyawan seni veteran membabitkan dua persatuan, bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

“Dari segi perlindungan, PERKESO mempunyai empat pakej, namun kami mengambil perlindungan paling minimum bagi membolehkan lebih ramai pekerja seni sasaran mendapat manfaatnya, kata Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac kepada Berita Harian.

“Sama ada ia diteruskan pada masa akan datang atau kita tambahkan lagi penerima manfaat, ia bergantung kepada dana diterima,” katanya lagi ketika ditemu bual wartawan, Hanisah Selamat.

Sudah pasti ini satu berita gembira buat pelakon-pelakon veteran di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement