Connect with us
alt_img>

Berita

245 Gram, Kelahiran Bayi Paling Kecil Di Dunia

Sebuah hospital terletak di California semalam mendedahkan kelahiran bayi paling kecil di dunia, dengan seberat hanya 245 gram, menyamai sebiji epal bersaiz besar.

Published

on

Sebuah hospital terletak di California semalam mendedahkan kelahiran bayi paling kecil di dunia, dengan seberat hanya 245 gram, menyamai sebiji epal bersaiz besar.

Petugas hospital memberi nama timangan Saybie kepada bayi itu yang dilahirkan ketika kandungan ibunya baru berusia 23 minggu di sebuah Hospital di San Diego.

Pada awalnya, bapa bayi itu dimaklumkan anaknya hanya mampu bernafas kira-kira sejam sebelum meninggal dunia.

“Namun tempoh sejam bertukar kepada dua, berlanjutan kepada sehari dan mencecah seminggu,” kata ibu Saybie dalam video yang dikeluarkan pihak hospital.

Menurut doktor, Saybie dilahirkan melalui kaedah pembedahan kecemasan pada Disember lalu berikutan beberapa komplikasi yang boleh membahayakan nyawa ibunya.

Bayi tersebut kini memiliki berat sebanyak 2.2 kilogram selepas hampir lima bulan diletakkan dalam unit rawatan rapi neonatal, dan dibenarkan pulang ke rumah awal bulan ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement