Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

2020 Tahun Kesembilan Soo Wincci Berpuasa

Semoga kecekalan Wincci berpuasa menjadi ikutan dan inspirasi buat orang ramai.

Published

on

Dr. Soo Wincci sudah lama dikenali sebagai bukan Islam yang gemar berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun 2020, sekali lagi Wincci meneruskan aktiviti tersebut yang sudah memasuki tahun kesembilan.

Bekas ratu cantik Miss World Malaysia, penyanyi dan pelakon itu ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz menerusi segmen Kool Talk berkata, dia gembira kerana tahun ini dapat pulang ke Malaysia dan berpuasa di tanah air.

Wincci mengakui amalan berpuasa yang diamalkannya sejak 2012 didorong oleh perasaan ingin tahu bagaimana umat Islam berpuasa selain latar belakangnya yang pernah bersekolah di sekolah Melayu.

Kata Wincci, berpuasa menjadikan dirinya lebih fokus, disiplin dan tenang.

Menariknya, wanita berusia 34 tahun itu turut mengikuti sunnah Rasulullah apabila berbuka puasa dengan menjamah buah kurma terlebih dahulu selain sering melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal.

Berkongsi pengalaman pertamanya berpuasa, Wincci berkata dia hampir pengsan terutama pada dua minggu pertama dek kerana tidak biasa menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Wincci yang turut menjadi pensyarah sambilan memberitahu, dia pernah mencabar pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa.

Sedikit info, Wincci menyambung pengajian PhD kedua dalam bidang muzik selama dua tahun di Sepanyol selepas memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement