Connect with us

Berita

20 Kangaroo Mati, Dibunuh Remaja 19 Tahun!

Bangkai kangaru, termasuk yang membawa anak bergelimpangan di hadapan rumah penduduk di New South Wales.

Published

on

Seorang remaja 19 tahun didakwa di mahkamah di Sydney, Australia atas tuduhan sengaja melanggar dan membunuh 20 kangaru dengan keretanya, Sabtu lalu.

Polis New South Wales menyiasat kematian 20 kangaru yang ditemui cedera dipercayai akibat dilanggar kereta di Tura Beach.

“Polis juga terpaksa membunuh beberapa kangaru yang cedera parah tetapi beberapa anak haiwan itu berjaya diselamatkan,” kata jurucakap polis, Peter Volf.

Penduduk di kawasan itu terperanjat apabila bangkai kangaru, termasuk yang membawa anak bergelimpangan di hadapan rumah mereka pada waktu pagi.

Remaja terbabit kini ditahan  dan didakwa atas tuduhan menyeksa, memukul serta menyebabkan kematian haiwan.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement