Semasa & Hiburan
20 Februari 2020 Tarikh Perkahwinan Remy Ishak
Boleh beratur isi borang dulu..
Hidup berpasangan adalah fitrah dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya lagi.
Begitulah juga dengan manusia, perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Situasi sama kita boleh kaitkan dengan pelakon Remy Ishak yang baru-baru ini sudah memilih tarikh 20 Februari 2020 bagi melangsungkan perkahwinan.
Menurut Remy, tarikh tersebut dipilih sebagai persediaan melangkah ke fasa baru dalam hidupnya selepas putus tunang baru-baru ini.
“Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi. Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.
Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri empat episod yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.