Semasa & Hiburan
2 Kategori Baru di ABPBH32
Layari www.abpbh.com.my untuk maklumat lanjut
Anugerah Bintang Popular BH kali ini memperkenalkan kategori baru membabitkan artis antarabangsa iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular yang termasuk dalam senarai kategori utama.

Foto Berita Harian
Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir berkata, kategori itu diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada artis antarabangsa yang mencipta nama di sini.
“Langkah ini dilakukan bertepatan dengan usaha memantapkan kandungan ABPBH yang bukan hanya diminati oleh peminat tempatan semata. Malah penduduk dunia menerusi penstriman, sejak beberapa tahun lalu.”
ABPBH 32 bakal berlangsung pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Sebanyak 13 kategori utama dipertandingkan selain lima kategori online dan pemilihan artis kegemaran kini boleh dilakukan menerusi laman web: www.abpbh.com.my.
Proses undian awal berlangsung sehingga 14 Ogos depan.
ABPBH 32 membawakan tema Melangkaui Sempadan, bersama misi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua.
Sumber: Harian Metro