Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

2 Juta Haiwan Liar Mati Di Bolivia

Api telah memusnahkan hutan tropika Chiquitania di timur negara itu.

Published

on

Lebih dua juta haiwan liar termasuk jaguar, puma dan llama, maut akibat kebakaran hutan selama beberapa minggu di Bolivia.

Api telah memusnahkan hutan tropika Chiquitania di timur negara itu.

“Kami sudah berunding dengan pakar biologi Chiquitania dan menganggarkan lebih 2.3 juta haiwan hilang di banyak kawasan dilindungi,” kata Profesor Sandra Quiroga daripada Universiti Santa Cruz.

Difahamkan, kucing liar Amerika Latin, dan haiwan liar lain seperti puma, jaguar selain rusa, llama dan binatang kecil seperti anteater, cicak, tapir dan tikus juga mati.

Sejak Ogos lalu, kebakaran itu menghanguskan lebih empat juta hektar kawasan, memusnahkan sepenuhnya ‘hutan utama’ seluas lebih 100 hektar di kawasan simpanan Tucavaca di timur Santa Cruz.

Wilayah di timur Santa Cruz paling teruk terjejas daripada sembilan kawasan di Bolivia sejak kebakaran bermula Mei lalu dan memuncak pada Ogos.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement