Connect with us
On Air Di Kool

Berita

2 Beradik Maut Bersama Ayah Dan Mak

Kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori yang gagal dikawal

Published

on

2 beradik, Muhammad Adli, 6 dan Nur Dalili, 4, meninggal dunia apabila kereta dinaiki bersama ibu bapa terlibat dalam kemalangan di Jalan Kluang-Kota Tinggi.
Dalam kejadian itu, kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori, yang turut turut mengorbankan kedua-dua ibu bapa mangsa, Mohd Firdaus Januri, 34 tahun dan Norlia Osman.
Kejadian jam 12.33 tengah malam itu membabitkan dua kereta iaitu Honda Civic dinaiki empat keluarga itu, sebuah Proton Saga dan sebuah lori.
Siasatan awal mendapati seorang pemandu lori yang dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bersebelahan lalu bertembung dengan kedua-dua kereta.
Pemandu Proton Saga mengalami luka ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pemandu lori berusia 30-an akan direman untuk saringan air kencing dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: BH

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement