Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

17 Julai Undian Rasmi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022

Apa terjadi kepada Macau?

Published

on

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengumumkan undian rasmi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan berlangsung di AFC Club House, Kuala Lumpur pada 17 Julai depan.

40 pasukan iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 34 asia serta 6 pasukan yang menang di pusingan pertama akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 pasukan.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik (12 pasukan) akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023.

Manakala baki pasukan yang tidak berjaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 dimana 24 pasukan akan dibahagikan dalam 6 kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Hanya dua pasukan teratas kumpulan dapat tiket beraksi di Piala Asia 2023.

Pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 ini akan berlangsung pada 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020 dan dijalankan secara format ’round robin’.

Dalam undian tersebut, Malaysia yang kini berada di ranking 159 dunia selepas menewaskan Timor Leste di pusingan pertama minggu lepas akan diletakkan dalam balang 4 bersama Turkmenistan, Myanmar, Hong Kong, Yaman, Afghanistan, Maldives dan Kuwait.

Itu bermakna setiap negara berpeluang bertemu pasukan gergasi asia yang diletakkan dalam balang 1 iaitu Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, UAE, Arab Saudi, China serta juara Piala Asia 2018, Qatar.

Singapura dan Indonesia yang tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan persahabatan minggu lalu akan berada dalam balang 5 bersama 5 lagi pasukan ranking tercorot iaitu Nepal, Kemboja, Bangladesh, Mongolia dan Guam.

Bagaimanapun, nasib pasukan Macau dan Sri Lanka akan ditentukan kemudian oleh AFC berikutkan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Macau (FA Macau).

Menurut kenyataan daripada FA Macau, mereka terpaksa menarik diri kerana bimbangkan keselamatan pemain yang akan ke Sri Lanka. Sebelum ini, telah berlaku krisis keselamatan di negara rantau Asia Selatan itu.

FA Macau mendakwa mereka telah menghubungi FIFA, AFC dan FA Sri Lanka untuk meminta perlawanan kedua diadakan di negara lain. Perbincangan yang didakwa memakan masa sebulan itu tidak menemui jalan penyelesaian apabila venue perlawanan masih kekal di Sri Lanka.

Mengikut perancangan, Macau akan menentang Sri Lanka pada 11 Jun. Pada perlawanan pertama pada tempoh hari, Macau menewaskan Sri Lanka melalui gol tunggal Filipe Duarte.

Pihak AFC dipercayai masih belum membuat keputusan mengenai perkembangan ini. Mungkin ada alternatif yang baik sama ada menangguhkan perlawanan dan mengadakan perlawanan ini di negara yang bersesuaian.

Sekiranya gagal, ada kemungkinan Sri Lanka akan diberikan kemenangan percuma 3-0 dan layak ke pusingan kedua kelayakan melalui agregat 3-1.

 

Sumber daripada: semuanyabola.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement