Connect with us
Kool FM

Berita

10,000 kempunan jadi jutawan PKP

Published

on


ALOR SETAR: Lebih 10,000 peserta didakwa ‘kempunan’ menjadi jutawan selepas diperdaya sindiket menguruskan pelaburan komuniti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.

Peserta terbabit mendakwa, mereka melabur RM20 hingga RM5,000 seorang dan kerugian keseluruhan dianggarkan RM1.25 juta.

Sindiket itu dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan bekas tentera berpangkat Mejar, menipu mangsa dengan menjanjikan pendapatan lebih RM1 juta dalam masa singkat.

Seorang peserta, Haiqal Amirul, 31, dari Sungai Petani mendedahkan, sindiket itu mengambil kesempatan ketika orang ramai ke­sempitan kewa­ngan semasa PKP de­ngan memperkenalkan program tersebut.

Katanya, kebanyakan peserta pelaburan itu berumur antara 20 hingga 70 tahun.

“Orang ramai yang menyertai program itu membuat bayaran ke dalam akuan bank milik seorang individu dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Malah, saya sendiri melabur RM300 dalam program komuniti itu pada 21 April lalu, namun masih tidak menerima imbuhan seperti dijanjikan,” katanya di sini semalam.

Pekerja syarikat swasta itu berkata, dia telah membuat laporan penipuan sindiket itu di Balai Polis Bayan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 14 Julai lalu.

Tambahnya, difahamkan le­bih 20 laporan polis telah dibuat oleh peserta program itu dari seluruh negeri.

“Saya berharap polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan jika terbukti sindiket terbabit me­lakukan kesalahan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan me­nerima laporan tersebut.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

The post 10,000 kempunan jadi jutawan PKP appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement