Tip Make Up Dengan Bantuan Sudu Dan Garpu | Kool FM
Home > #koolhabis > Tip Make Up Dengan Bantuan Sudu Dan Garpu

Tip Make Up Dengan Bantuan Sudu Dan Garpu

/ / /
Comments are Off
, Fesyen

Kebelakangan ini, terdapat banyak tutorial yang kita jumpa di laman media sosial menunjukkan cara-cara untuk dapatkan wajah yang cantik dengan memakai make up. Terutamanya kaum wanita, mereka rajin berkongsi supaya dapat sama-sama memiliki raut wajah yang manis.

Itu bagi mereka yang sudah pakar dalam bidang ini, bagi yang tidak tahu langsung pun ada! Hanya sekadar suka melihat tapi tidak rajin untuk memakainya mungkin kerana malas atau putus asa sebab selalu tak jadi seperti yang diinginkan.

Sehingga akhirnya, ada yang mengupah make up artis semata-mana untuk tampil cantik dimana-mana majlis kecil sedangkan mereka boleh memakainya sendiri. Tapi jangan risau, sebab dalam artikel ini, anda boleh dapat inspirasi pemakaian alat solek dengan bantuan peralatan di dapur! Eh, betul ke? Tak percaya tengok ni:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Untuk Kurangkan Masalah Eye Bag

 

Yang ni untuk wanita yang memang bangun pagi je eyebag atau dalam Bahasa Melayunya lingkaran gelap bawah mata nampak terus berkilo-kilo. Jangan risau, caranya mudah, simpan sudu itu semalaman dalam peti ais, atau kalau terlupa, hari yang mahu digunakan tu, anda ambil cawan yang dipenuhi dengan ais, rendam sudu itu kedalamnya. Seterusnya, tekup sudu yang sudah direndam tadi kemata anda sambil berbaring. Seperti di atas tu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Untuk Dapatkan Kening Yang Sempurna

 

Sebahagian besar daripada wanita di negara ini memang pakar melukis kening. Lagi-lagi remaja yang baru mahu meningkat dewasa, on fleek katanya. Tapi, ada juga sebahagian daripadanya kadang-kadang nampak seperti ulat bulu tebalnya kening! Jadi, dengan bantuan garpu seperti diatas, mungkin dapat membantu para gadis diluar sana supaya boleh dapatkan kening yang sempurna. Tapi, hati-hati sebab takut tercucuk mata pulak nanti!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Untuk Elakkan Serbuk Eyeshadow Daripada Jatuh Ke Pipi

 

Dah siap lukis kening, rasa tak complete pula kalau tak ada eyeshadow. Dah ada eyeshadow, comot pula terjatuh-jatuh serbuk dipipi. Nak di kesat, takut buruk kan? Jadi, tekupkan bahagian sudu seperti diatas dan lihat kesannya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Untuk Dapat Bentuk Eyeline Yang Licin

 

Ada diantara kita gemar bentuk mata kucing atau cat eye. Tapi, tak pandai sebab mungkin tidak dipraktikkan sebab tak selalu menggayakannya. Jangan risau, sebab sudu! Masih berguna, seperti diatas!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Untuk Elakkan Mascara Menjadi Punca Perosak Hari

 

Ya betul, kadang-kadang mascara ni memang boleh jadi punca jika tersilap langkah. Lagi-lagi kalau bukan yang kalis air tu. Kita juga manusia, termenung sikit masa pakai mascara, lari la dia daripada landasan. Dah….comot! Tapi kalau taknak comot, mungkin boleh cuba tekupkan sudu seperti diatas?