Terima Kasih Ex | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Terima Kasih Ex

Terima Kasih Ex

/ / /
Comments are Off

Sinopsis

Nurul Jannah seorang gadis kampung datang ke Kuala Lumpur untuk cari bekas kekasihnya. Sewaktu baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, Jannah bertembung dengan seorang lelaki iaitu Harris Mikhael seorang pereka fesyen terkemuka. Harris yang pada waktu itu sedang mengejar seseorang secara tak sengaja terlanggar Jannah sehingga gitar yang dibawa Jannah terjatuh. Harris tak sempat minta maaf tapi dia ingat wajah gadis yang dilanggarnya secara tak sengaja itu. Jannah bengang dan rasa Harris biadap kerana langsung tak minta maaf setelah melanggarnya.

Beberapa hari kemudian Harris nampak Jannah sedang menyanyi sambil main gitar (busking) di tepi jalan. Harris rasa simpati melihat keadaan Jannah yang kelihatan tidak terurus, tambahan pula dia rasa bersalah kerana tak sempat minta maaf tempohari. Harris menegur Jannah. Jannah pula buat acuh tak acuh sebab masih bengang dengan Harris. Haris minta maaf dan tanya tentang latar belakang Jannah. Jannah beritahu dia baru datang dari kampung dan tidak ada tempat untuk dituju. Harris tawarkan Jannah bekerja di butiknya dan tinggal bersama pekerja butiknya sebagai tanda minta maaf. Jannah setuju.

Jannah bekerja di butik Harris sebagai pembantu butik. Jannah berkawan baik dengan Ella yang turut bekerja di butik yang sama. Jannah dan Ella selalu bercerita tentang boss mereka iaitu Harris yang kacak, kaya dan masih bujang. Harris pula selalu marah-marah dan bergaduh di telefon dengan kekasihnya. Secara diam-diam Jannah menyimpan perasaan terhadap Harris tapi Jannah sedar dia hanya perempuan kampung dan tak mungkin Harris akan pandang perempuan kampung seperti dirinya.

Satu hari Ella tidak datang kerja, yang ada di butik cuma Jannah dan Harris. Kebetulan ada pasangan bakal pengantin yang datang ke butik untuk fitting baju pengantin pada waktu itu. Harris melayan pasangan tersebut dengan professional. Sewaktu Harris meminta Jannah membantunya, Jannah tiba-tiba terpandang wajah pelanggan lelaki di butik itu. Jannah naik hantu, dia meluru ke arah lelaki tersebut dan mengamuk separuh gila. Harris tergamam dan tak faham apa yang sedang berlaku. Pasangan tersebut keluar dari butik sambil bergaduh. Jannah hanya mendiamkan diri kaku. Harris semakin tak faham.

Keesokan hari Jannah datang kerja seperti biasa seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Harris panggil Jannah masuk ke bilik pejabatnya dan tanya Jannah apa yang berlaku semalam. Jannah bagitahu Harris sebenarnya dia datang ke Kuala Lumpur untuk cari bekas kekasihnya, lelaki yang datang ke butik semalam adalah bekas kekasih Jannah. Harris secara automatik terfikir Jannah ialah perempuan kampung yang tertipu atau termakan dengan puju rayu lelaki kemudian datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bekas kekasihnya, Harris terfikir mungkin juga Jannah hamil dan mahu lelaki tersebut bertanggungjawab, sooo typical…macam drama melayu kat TV. Sebaliknya apa yang Harris fikir meleset. Jannah datang ke Kuala Lumpur untuk cari bekas kekasihnya semata-mata untuk lepaskan marah dan dia tak ada hati langsung pada lelaki tak guna itu. Semalam Jannah rasa puas hati sangat lepas mengamuk dan lepaskan kemarahannya pada lelaki itu. Dalam hati Harris terdetik “Gengsternya perempuan ni…hurmm tapi kenapa aku rasa dia comel…”

Satu hari seorang perempuan datang ke butik untuk bertemu dengan Harris. Perempuan tersebut ialah Dayana kekasih Harris. Dayana ingin putuskan hubungan dengan Harris kerana cintanya dah beralih pada lelaki lain. Harris yang sangat cintakan Dayana merayu dan tak mahu berpisah. Dayana tak perduli-dia berlalu begitu saja tinggalkan Harris. Kebetulan Jannah terdengar perbualan mereka dari sebalik pintu. Jannah masuk ke bilik Harris dan lihat Harris sangat kecewa. Harris tunjuk sepasang gaun pengantin yang tergantung di biliknya, dia bagitahu Jannah gaun itu dia reka khas untuk bakal isterinya dan sekarang ini gaun itu dah tak ada apa-apa makna lagi. Jannah hampir menitiskan airmata mendengar kata-kata Harris. Hati Jannah terluka melihat keadaan Harris. Waktu itu Jannah sedar dia telah jatuh cinta pada Harris.

Harris jumpa sahabatnya Irham untuk minta pendapat tentang dia dan Jannah. Irham yakinkan Harris bahawa dia dah jatuh cinta dengan Jannah. Irham nasihatkan Harris supaya berterus-terang dengan Jannah sebelum dia kehilangan Jannah. Tiba-tiba Harris dapat whatsapp Jannah, Jannah mahu berhenti kerja dan pulang ke kampung. Harris kecewa. Irham tenangkan Harris.

Jannah sedang termenung di tepi sawah padi sambil bercakap dengan kerbau, malas dia nak bercakap dengan Bedah-kang dia yang sakit hati. Dari jauh kelihatan seseorang sedang berlari ke arah Jannah, Jannah tak pasti siapa. Alangkah terkejutnya Jannah apabila mendapati Harris datang untuk bertemu dengannya. Belum sempat Jannah cakap apa-apa, Harris bagi satu bungkusan dan suruh Jannah buka. Jannah speechless-baju pengantin yang dilihatnya tergantung di bilik Harris dulu kini berada di tangan Jannah. Harris propose Jannah di tepi sawah padi. Hari itu Jannah adalah orang paling bahagia di dunia.