Selebriti Ni Beritahu Benda Rare Mengenai Dirinya | Kool FM
Home > #koolhabis > Selebriti Ni Beritahu Benda Rare Mengenai Dirinya

Selebriti Ni Beritahu Benda Rare Mengenai Dirinya

/ / /
Comments are Off

Tapi sebelum itu, ini 5 PERKARA MENGENAI DAPHNE IKING

Daphne ialah seorang ibu kepada 3 orang anak. Anak pertama Isobel Daniella, yang kedua Iman Daniella dan yang ketiga Isidore Daniel.

 

Daphne telah berkahwin dengan Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe di Instagramnya, pada tahun 2011. Joe juga menguruskan kerjaya Daphne.

 

Daphne adalah seorang pengamal yoga.

 

Jika orang kenal Daphne, orang kenal CLPTS, sekumpulan rakan wanita yang rapat dengannya, antaranya Aishah Sinclair, Atilia HA\aron, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar dan Yasmin Hani.

 

Daphne ialah seorang pelakon, personality TV, dan juga seorang emcee untuk majlis keraian, contohnya majlis pelancaran Formula 1 Malaysian Grand Prix.

 

Tu 5 perkara yang anda semua tahu mengenai Daphne.

 

5 benda rare yang anda TIDAK TAHU mengenai Daphne Iking?

1. Dia pernah training untuk perlumbaan 24 Hour Endurance Race di Sepang. Tetapi Daphne ambil keputusan untuk tidak berlumba bila dia mendapat tahu dia hamil dengan anak sulungnya.

 

2. Ibu Daphne sebenarnya ingin menamakan dia “Jefferina” , tapi dibantah ayah Daphne. Nama Daphne diberikan oleh ayahnya.

 

3. Daphne pernah memakai braces untuk gigi, dan dibuli di sekolah kerana memakai “headgear” (untuk mempercepatkan fungsi braces membetulkan giginya). Disebabkan “headgear” itu, Daphne dipanggil “horsey”. Sejak daripada itu, Daphne katakan TIDAK kepada gejala buli.

 

4. Daphne memperoleh RM50 pertamanya,  menyanyi dalam sebuah kumpulan yang membuat persembahan di sebuah gala hotel 5 bintang yang dihadiri ayahnya. Masa tu, umur Daphne 14 tahun.

 

5. Ayahnya tidak mengetahui pembabitannya dalam nyanyian, dan tak menyukai aktiviti nyanyian Daphne (kerana mahu Daphne fokus pada pelajaran) . Disebabkan itu, Daphne pernah dirotan buat pertama kali kerana mengingkari ayahnya. Daphne belajar dari kesilapan dan terus berhenti menyanyi di hadapan public, sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti , di mana Daphne perlu kumpul duit untuk sara kehidupannya dan membayar yuran pengajian ijazah.

 

(Thanks Daphne dan Joe!)

 

#koolhabis