Semalam, Malaysia telah melengkapkan saingan peringkat Kumpulan C Piala Sudirman 2017 selaku naib juara selepas tewas kepada Jepun 3-2 dalam aksi di Pusat Sukan dan Rekreasi Gold Coast, Australia .
Namun, perlawanan berkenaan menyaksikan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing telah mencuri tumpuan apabila melakukan aksi luar biasa dengan menukar raket semasa perlawanan berlangsung dimana ia jarang dilakukan oleh pemain badminton lain.
Anda boleh menonton aksi berkenaan pada minit ke 1:15 – 1:12 atau slow motion pada minit ke 0:33 – 0:26 dalam video di bawah:
Racquet change level: Tan Kian Meng
Posted by on Wednesday, 24 May 2017
Pasangan beregu ke-9 dunia itu menukar raket ketika perlawanan sedang diadakan dan berjaya mendapat mata untuk servis berkenaan ketika perlawanan kelima Piala Sudirman 2017.
Aksi beregu negara itu seterusnya telah mendapat sorakan penonton serta pengulas perlawanan yang menganggap aksi tersebut sebagi aksi yang jarang berlaku.
Bagaimanapun, setahun lalu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga pernah menukar raket ketika perlawanan berlangsung.