Kepentingan “Car Seat” untuk anak | Kool FM
Home > #koolhabis > Kepentingan “Car Seat” Untuk Anak

Kepentingan “Car Seat” Untuk Anak

“Car Seat” memang penting, tidak kisahlah untuk perjalanan dekat atau jauh. Kerana kita tidak boleh menjangka, sebarang kemungkinan

boleh berlaku. Sebaiknya ambillah langkah keselamatan untuk anak anda.

Kepentingan “Car Seat

Memudahkan ibu bapa yang memandu sendiri

Bila kita dah biasakan baby kita duduk dalam “car seat”, senang untuk memandu seorang diri. Supaya bayi tidak melalak  semasa ibu bapa memandu. Anda uga yang stress memandu nanti

Keselamatan bayi

Semasa ibu ayah tengah memandu, eloklah letak anak dalam car seat demi keselamatan mereka. Cuba bayangkan ayah memandu dan ibu pegang bayi yang sedang tidur. Tiba-tiba ibu pun tertidur. Kalau tiba-tiba kemalangan berlaku? Bayi akan terlepas dari pelukam ibu dan tercampak?  sekurang-kurangnya tali keselamatan pada “Car Seat” dapat menahan bayi dan mengelakkan mereka tercampak.

Mengajar baby kita untuk tidur sendiri

Apabila babi dah kenyang dan pampers pun dah disalin, mereka pasti selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan nyenyak. Dengan letak mereka dalam “car seat”  boleh mengajar mereka untuk tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab gegaran kereta semasa memandu membuatkan bayi lebih mudah untuk tidur.