Jom uji sama ada kawan anda ‘fake’ berkawan dengan anda atau tidak | Kool FM
Home > #koolhabis > Jom Uji Sama Ada Kawan Anda ‘fake’ Berkawan Dengan Anda Atau Tidak

Jom Uji Sama Ada Kawan Anda ‘fake’ Berkawan Dengan Anda Atau Tidak

/ / /
Comments are Off

 

 

Biasanya dalam berkawan kita sukar nak membezakan sama ada rakan itu benar-benar ikhlas berkawan dengan kita ataupun hanya ‘fake’ atau plastik sahaja.

Ada beberapa ciri yang boleh anda lihat dan nilai sendiri untuk mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar baik atau hanya acah-acah baik sahaja. Mungkin tips ni dapat membantu anda untuk mencari kawan dengan lebih baik.

  1. Attention seeker

Selalunya mereka yang ‘plastik’ ini gemarkan perhatian kadang kala seakan ‘trying so hard’ dan ia adalah antara paling ketara boleh kita lihat. Berbeza dengan orang baik yang tidak suka mencari perhatian.

  1. Suka bergosip

Nama lagi ‘plastik’ kan. Mereka ini selalunya lebih suka bermuka-muka. Apabila di hadapan kita mereka akan memuji-muji, tetapi di belakang mereka lebih suka bergosip dan memburuk-burukkan kita.

  1. Pilih Bulu

Normal bagi kita untuk menghormati semua orang. Tetapi tidak untuk mereka yang ‘plastik’ kerana mereka hanya akan menghormati orang-orang di kalangan tertentu. Lebih tinggi darjat orang itu, lagi rapat dan baik mereka ini dengan orang tersebut. Berbeza perwatakan mereka dengan orang-orang bawahan biasa. Pilih bulu tau!

  1. Suka ‘Show Off’

Pantang dapat satu kejayaan atau pantang lebih sikit dari kita, mereka ini selalu akan membangga diri dengan pencapaian mereka. Atau dengan kata lain ‘show off’.

  1. Ada agenda tersembunyi

Definisi tolong menolong sangat berbeza antara mereka yang ‘plastik’ dengan mereka yang benar-benar baik. Ini kerana mereka yang plastik lebih suka membantu dengan mengharapkan sesuatu atau jika mereka tahu anda tidak akan membawa sebarnag keuntungan kepada mereka, jangan haraplah mereka akan membantu anda.

Sifat atau kriteria di atas bukanlah 100 peratus tepat. Namun, ia adalah sedikit sebanyak perangai yang ada pada mereka ‘fake’ atau plastik. Apa yang penting, kita jangan jadi plastik okay?