Jangan terkejut dengan kegunaan ubat gigi ini | Kool FM
Home > #koolhabis > Jangan Terkejut Dengan Kegunaan Ubat Gigi Ini

Jangan Terkejut Dengan Kegunaan Ubat Gigi Ini

/ / /
Comments are Off

Setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur, rutin biasa yang akan kita dilakukan adalah memberus gigi. Tahukah anda, selain berfungsi untuk memutihkan gigi anda, ubat gigi yang selalunya dicalit pada berus gigi anda itu boleh menjadi penyelesaian pada sesetengah masalah yang anda hadapi? Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran tetapi ianya benar.

Buat anda yang mempunyai koleksi barang-barang kemas seperti batu permata intan berlian yang nampaknya makin pudar, bersihkan saja dengan ubat gigi. Beruskan barang-barang kemas anda dengan berus gigi sepertimana anda sedang memberus gigi anda. Nescaya, barang-barang kemas anda kembali bersinar.

Untuk “Sneakershead” diluar sana, mungkin ubat gigi akan menjadi teman setia anda selepas ini. Ini kerana ubat gigi juga mampu memutihkan dan membuang segala kotoran hitam yang melekat pada getah tepi kasut-kasut anda. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi di bahagian tersebut dan berus seperti biasa.

 

Jangan sangka ubat gigi hanya mampu memutihkan barangan-barangan anda sahaja, ianya juga mampu menjadi sebahagian daripada produk penjagaan muka anda. Khas kepada anda yang runsing dengan pertumbuhan jerawat yang serius di muka, tepekkan sahaja ubat gigi di jerawat-jerawat anda dan lihat jerawat anda akan perlahan-lahan mengering.

Skrin iphone 7 plus anda calar? Jangan risau, guna ubat gigi pun boleh. Hanya letakkan ubat gigi di atas kawasan skrin yang calar, dan gosok dengan kain bersih perlahan-lahan. Ingat, gosok bukannya sental. Takut skrin anda pula yang rosak setelah disental.

Jangan terkejut jika ada yang gunakan ubat gigi sebagai pencuci tandas. Ianya memang boleh digunakan untuk memutihkan dan membersihkan jubin-jubin, serta mangkuk tandas yang kekuningan. Jika anda terasa geli dengan keadaan tandas rumah anda yang kurang bersih, cepat-cepat ambil ubat gigi dan lakukan pembersihan sekarang!!

Khusus untuk ibu bapa yang pening mencari penyelesaian untuk membersihkan dinding rumah yang teruk diconteng oleh anak-anak kecil. Dengan adanya ubat gigi, anda cuma perlu senyum dan biarkan mereka berimaginasi. Sental sahaja ubat gigi dengan kain yang bersih ke dinding yang diconteng, kesan contengan akan hilang perlahan-lahan.

Jadi jangan risau lagi jika anda menghadapi masalah-masalah di atas, ubat gigi boleh “kaw tim” semuanya.. Selamat mencuba!!