Heboh Salji di Jakarta | Kool FM
Home > #koolhabis > Heboh Salji Di Jakarta

Heboh Salji Di Jakarta

/ / /
Comments are Off

 

 

Biar betul?  Baru-baru ni kecoh media sosial di Indonesia dengan kehadiran buih putih seperti salji yang berlaku selepas hujan di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta kelmarin.

Beberapa gambar dan video yang dirakam sebelum dimuat naik di media sosial menunjukkan sebahagian jalan berkenaan putih seperti dilitupi salji.

Laporan palsu juga muncul dan tular di media sosial dengan mendakwa salji melanda di Jakarta. Ha, yang sebenarnya betul ke tak ni? Kalau betul, jom book flight tiket sekarang kita main salji di Jakarta!

Haha, bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, buih putih itu bukannya salji tetapi buih daripada cecair sabun yang tumpah di jalan raya.

Cecair itu dilaporkan tumpah dari projek pembinaan transit laju massa (MRT) di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, cecair seperti sabun itu digunakan untuk melembutkan tanah ketika proses menggali terowong untuk projek berkenaan.

Katanya, baki cecair itu disimpan di tapak projek berhampiran tetapi tumpah dan mengalir ke jalan raya.

Hujan yang turun tidak lama selepas itu menyebabkan cecair itu menjadi buih putih seperti salji.

Buih tersebut juga tidak berbahaya dan mereka telah mengambil tindakkan tegas bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

 

Sumber : HMetro