Good Luck Lee Pei Ling & Adinda Tasya Mansor. | Kool FM
Home > #koolhabis > Good Luck Lee Pei Ling & Adinda Tasya Mansor.

Good Luck Lee Pei Ling & Adinda Tasya Mansor.

/
07 Oct 2016
/
Nasyitah Nadiah Nordin
/
Comments are Off

Selepas kejayaan Shila Amzah menawan industri nyanyian di China, kini giliran Lee Pei Ling & Adinda Tasya Mansor untuk mengikut langkah yang sama dengan menyertai program nyanyian realiti di China.

Pei Ling dan Adinda adalah 2 bintang cilik yang meningkat naik mewakili Malaysia selepas kejayaan Shila Amzah yang menjadi bintang sensasi terkenal di China atas kejayaanya menerusi rancangan Asian Wave pada tahun 2012.

Adinda yang baru berusia 11 tahun, berasal dari Taiping, Perak, berjaya mencuri tumpuan baru-baru ini setelah beliau mengejutkan para juri dalam rancangan “Let’s Sing Kids”, sebuah rancangan nyanyian untuk kanak-kanak yang disiarkan di Hunan TV, China.

Lee Pei Ling yang berusia 15 tahun, membuat kemunculan pertamanya di program realiti terbaharu berjudul “Sing!” dan berjaya memukau barisan juri-juri professional, terutama sekali Na Ying, salah seorang penyanyi popular di China, pelakon antarabangsa Jay Chou, Harlem Yu & Wang Feng

Sama-sama kita ucapkan good luck & semoga yang terbaik buat Lee Pei Ling & Adinda Tasya Mansor. Jangan lupa, anda boleh saksikan persembahan mereka di Tonton.com.my dan secara langsung di 8TV, saluran 708!