Faiz Subri menang anugerah Puskas Fifa 2016 | Kool FM
Home > CeriteraKool > Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri dalam dunia bola sepak antarabangsa selepas menjadi pemenang Anugerah Puskas International Federation of Association Football (FIFA) 2016 sebentar tadi.

Faiz membawa pulang Anugerah Jaringan Gol Terbaik di Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland dan anugerah itu telah disampaikan oleh legenda bola sepak, Ronaldo.

Kemenangan Faiz telah menewaskan dua calon pemenang lain iaitu pemain Brazil, Marlone dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Kejayaan Faiz juga mencatatkan satu sejarah baru dalam arena bola sepak kebangsaan dan Asia selepas Faiz menjadi pemain Asia pertama yang merangkul anugerah tersebut.

Anugerah tersebut juga membuatkan nama Faiz tercatat sebaris dengan pemain bola sepak antarabangsa yang pernah memenangi anugerah tersebut seperti Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop, Neymar, Miroslav Stoch, Zlatan Ibrahimovic, James Rodriguez dan Wendell Lira.