Bukan Salah Hati | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Bukan Salah Hati

Bukan Salah Hati

/ / /
Comments are Off

Sinopsis

Khadieja Hana dan Airil Isfahan saling jatuh cinta walaupun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Khadieja Hana seorang gadis yang sempurna manakala Airil Isfahan hanya seorang lelaki yang pernah melalui zaman remaja yang penuh dengan masalah. Airil Isfahan merupakan bekas pelajar sekolah juvana dan merupakan bekas penagih dadah. Hubungan Khadieja Hana dan Airil Isfahan ditentang oleh abang Khadieja iaitu Kamil yang sangat sayang dan melindungi adik perempuannya. Kamil melakukan pelbagai usaha untuk memisahkan Khadieja dan Isfahan. Khadieja akhirnya akur memilih abangnya berbanding satu-satunya lelaki yang dicintainya iaitu Isfahan. Isfahan pasrah apabila Khadieja meninggalkannya. Satu permintaan Isfahan, dia mahu melihat Khadieja bersanding di hadapan matanya. Khadieja dan Isfahan berpisah dan langsung tidak pernah berjumpa semenjak Khadieja melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ditakdirkan Kamil yang banyak terlibat dengan kegiatan jenayah akhirnya dipenjara kerana kes rasuah dan pecah amanah. Kamil mulai insaf dan menyesali semua perbuatannya. Namun Khadieja sedikit pun tidak pernah menyalahkan Kamil di atas apa yang berlaku. Enam tahun terpisah akhirnya Khadieja bertemu secara tak sengaja dengan Isfahan. Pada waktu itu Khadieja terlihat seorang wanita di sisi Isfahan. Khadieja sangat kecewa apabila mendapati bahawa Isfahan telah mempunyai pengganti dirinya. Kamil telah bebas dari penjara. Khadieja pula di majlis perkahwinannya. Pada waktu itu Isfahan datang mengucapkan tahniah pada Khadieja. Khadieja menangis. Isfahan mengucapkan terima kasih pada Khadieja kerana menunaikan hasratnya untuk melihat Khadieja bersanding di atas pelamin. Isfahan juga mengucapkan terima kasih kepada Khadieja kerana sudi menjadi isterinya. Rupa-rupanya Isfahan belum kahwin dan wanita yang dilihat oleh Khadieja itu bukan isteri Isfahan. Khadieja dan Isfahan bahagia di majlis perkahwinan mereka. Kebahagiaan mereka berdua turut dikongsi oleh Kamil yang sangat terharu melihat adik kesayangannya bahagia bersama satu-satunya lelaki yang dicintainya.