Betul Ke Mesej Tentang Mesin ATM Ditutup Ni? | Kool FM
Home > #koolhabis > Betul Ke Mesej Tentang Mesin ATM Ditutup Ni?

Betul Ke Mesej Tentang Mesin ATM Ditutup Ni?

/ / /
Comments are Off

Semalam dan hari ini, heboh tentang penularan mesej tentang pihak bank menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang transaksi di mana-mana mesin juruwang automatic (ATM) dari 17 hingga 19 Mei 2017 susulan terdapat serangan virus.

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menafikan dakwaan kononnya mesin (ATM) akan ditutup selama dua hingga tiga hari akibat serangan siber ‘ransomware’ di India.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari memaklumkan bahawa dakwaan berkenaan yang mula tersebar melalui laman sosial khususnya WhatsApp, terbukti palsu selepas siasatan dijalankan pihaknya hari ini.

“Saya sahkan perkara yang viral di media sosial berkenaan adalah palsu dan kita harapkan orang ramai tidak cemas.”

“Jika terdapat perkara yang viral seperti ini di masa akan datang, sila buat semakan dengan pihak berwajib,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai serangan siber itu, Jailani berkata, setakat ini, ia tidak membabitkan Malaysia dan pihaknya juga belum menerima sebarang laporan daripada individu atau kumpulan yang menjadi mangsa serangan siber ransomware itu.

“Apa pun, kita berharap orang ramai bersikap berhati-hati dengan tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan bagi mengelak menjadi mangsa, selain turut membuat sokongan ke atas fail penting serta memasang antivirus,” katanya.

 

Sumber dari: Berita Harian