Anak Bazli UNIC hidap kanser | Kool FM
Home > Kisah Selebriti > Anak Bazli UNIC Hidap Kanser

Anak Bazli UNIC Hidap Kanser

/ /
Nasyitah Nadiah Nordin
/
Comments are Off

Anak kepada anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan,  Muhammad Syahid, 3, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser lymphoma.

Muhammad Syahid kini menerima rawatan kimoterapi  dan berada dalam keadaan lemah kesan daripada rawatan itu. Selain lemah, dia juga mual-mual dan doktor memaklumkan itu adalah normal untuk pesakit yang menjalani kimoterapi

Bazli berkata, sebelum disahkan menghidap kanser, anaknya itu mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada Disember tahun lalu.Ketika itu saya membawa Syahid ke lima klinik dan semua doktor di klinik itu mengesahkan ia adalah beguk dan mereka memberikannya ubat.Bagaimanapun, bengkak itu berlarutan dan Bazli membawa anaknya pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah dan menjalani rawatan selama lima hari di pusat perubatan di sana. Ketika itu doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di bahagian yang bengkak itu.

Bazli berkata, dia kemudian membawa Syahid kembali semula ke Kuala Lumpur dan menjalani rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.

“Ketika di Hospital Sungai Buloh, muncul satu lagi bengkak di bahagian bawah ketiak anaknya dan kemudian dihantar ke HKL. Di HKL doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser.

Dalam pada itu, Bazli juga memohon sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarganya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, 12225020263355 atas nama Muhammad Syahid Bazli Hazwan. Mari kita sama-sama doakan agar adik Muhammad Syahid sembuh seperti sediakala dan segala kesakitannya di angkat oleh Allah S.W.T. Amin

 

Sumber berita: http://www.hmetro.com.my/rap