AJL 31 | Kool FM
Home > Yang Kool > AJL 31

AJL 31

///
Comments are Off
795_microsite

Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat kali ke 31 pada hari Ahad, 22 Januari 2017. Berbanding pada Anugerah Juara Lagu 29 yang lalu di mana martabat komposer lagu telah diangkat melalui tema ‘Gema Dalam Lagu’, Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) kali ini mengangkat martabat penulis lirik melalui tema “Cerita Dalam Lagu”. AJL 31 ini akan bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), AJL 31.

12 finalis yang bakal berentap di AJL 31 telahpun diumumkan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (bahagian 2) yang berlangsung pada 11 November 2016 lalu. Berikut adalah butiran bagi 12 finalis AJL 31.

LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK PENYANYI
Lelaki Teragung Natasyah Iman Imran Dayang Nurfaizah
Terakhir Sirkhan & Rinkarnaen Sirkhan Sufian Suhaimi
Sudah Ku Tahu Razif Razif Projector Band
Selamanya Cinta Shila Amzah Shila Amzah Shila Amzah & Alif Satar
Terimaku Seadanya Ajai Ajai Misha Omar & Hafiz
Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof Syamsul Yusof & Anwar Fazal Syamsul Yusof Feat Mawi
Ku Rela Dibenci A.C.K Riena Aiman Tino
Di Amaran Mama Ajai Ad Samad Hazama
Setia Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong Elizabeth Tan & Awi Rafael
Obses Hang Nadim & Laq Hang Nadim & Laq Akim & The Majistret
Hang Pi Mana Harry Khalifah Yabang Khalifah Khalifah
Anugerah Terindah Omar K   & Audi Mok Omar K Black

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin, “Pada tahun hadapan, AJL 31 akan memperkenalkan tema ‘Cerita Dalam Lagu’ kerana kami percaya sebuah lagu tidak akan dicipta tanpa sebab. Ilham sesebuah lagu itu pastinya datang dari sebuah cerita. Oleh itu, bagi karyawan muzik tanah air yang sememangnya bijak, menterjemah dan menggubah cerita tersebut menjadi sebuah lagu. Justeru, pada AJL 31 ini, konsep persembahan setiap artis akan berkisar tentang penceritaan maksud lirik yang ingin disampaikan itu. Dengan mempersembahkan tema ini, kami berharap agar para penulis lirik dan komposer dapat merasakan betapa besarnya impak karya mereka dalam industri muzik tanah air, dan kami menyanjung anda.”

Sebahagian daripada meraikan fenomena AJL 31 itu, AJL 31 akan bergandingan bersama Tonton untuk mengadakan tayangan strim langsung Anugerah Juara Lagu 31 di layar perak. Lokasi layar perak yang telah dipilih sebagai rakan AJL 31 pada hari tersebut iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), Dataran Pahlawan, Melaka. Para peminat AJL berpeluang untuk menonton bersama artis-artis jemputan di lokasi tersebut. Bagi para pengunjung di GSC Dataran Pahlawan, mereka amat bertuah kerana acara karpet merah akan turut diadakan di sana pada 22 Januari nanti.